Kenali Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak
Siapa tidak kenal Bandar Diraja Kuala Kangsar?. Bandar yang penuh dengan sejarah dan budaya Melayu.
Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) pada mulanya dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak di bawah Enakmen Kawalan Sekolah – sekolah Agama Islam 1996. KISDAR menjadi Badan Berkanun Kerajaan Negeri Perak menerusi Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan (Enakmen Bilangan 3 Tahun 2000) .
Pada 19 disember 2013 Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Dr.Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempurna merasmikan naiktaraf KISDAR kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)
Pada tanggal 10 jun 2016 Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman dengan rasminya. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dinaikkan taraf menjadi universiti penuh berkuat kuasa serta-merta dan dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) yang menerima geran tahunan daripada Kerajaan Pusat
“Pengumuman ini merupakan kesinambungan sejarah Kuala Kangsar sebagai bandar pendidikan tertua negara yang turut menempatkan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Masdrasah Idrisiah.
Program Pengajian di USAS:
Program Ijazah
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadis)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
ljazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawan
Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
Diploma Usuluddin
Diploma Syariah Islamiyyah
Diploma Bahasa & Kesusasteraan Arab
Diploma Kaunseling Islam
Diploma Komunikasi Islam
Diploma Pengurusan Muamalat
Diploma Pengajian Islam
Diploma Pentadbiran Perniagaan
Diploma Perakaunan
Diploma Sains Komputer & Rangkaian
Diploma Teknologi Maklumat
Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al Qiraat
Diploma Perbankan & Kewangan Islam
Diploma Multimedia & Dakwah
Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan
Program Master
Master of Management (MOM)
Master of Business Administration (MBA)
Master of Information Technology
Master of Applied Syariah
Master of Usuluddin
Program PHD
Ph.D in Science (Technology)
Ph.D in Applied Shariah (Ph.D Syariah Gunaan
Ph.D in Management
Ph.D in Usuluddin
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Bukit Chandan, Bandar DiRaja
Kuala Kangsar
33000 Perak ,MALAYSIA