Potensi Menceburi Bidang Perakaunan
Potensi menceburi bidang perakaunan memanglah cerah. Beratus ribu bisnes mememang memerlukan pengurus, eksekutif dan kerani dalam bidang perakaunan. Dalam bidang perakaunan, peluang untuk kerja sangat luas. Kita boleh kerja dalam bahagian kewangan, pengurusan, cukai dan sebagainya yang berkaitan dengan perakaunan.
Financial (Kewangan) Preparation Finance Statement Analysis Finance Auditing Regulatory Consulting Planning Criminal Investigation |
Managerial (Pengurusan) General Accounting Cost Accounting Budgeting Internal Auditing Consulting Controller Treasurer |
Taxation (Cukai) Preparation Planning Regulatory Investigations Consulting Enforcement Legal services Estate plans |
Accounting-Related Lenders Consultants Analysis Traders Directors Underwriters Planners Appraisers FBI Investigators Market researchers System designers Merger services Business valuation Forensic Accounting Litigation support Entrepreneurs |
Menjadi seorang pelajar perakaunan, bukan sahaja diajar tentang akaun, tapi diajar ilmu ekonomi, ilmu dalam bisnes, ilmu dalam matematik dan ilmu agama. Jadi sebab tu lah selain menjadi akauntan, kami boleh jadi macam-macam.
Menjadi Akauntan
Akauntan menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini serta masa depan individu, perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan. Selain menyediakan penyata kewangan dan merekodkan urusniaga perniagaan, mereka juga mengira kos dan keuntungan, mengambil bahagian dalam memantau prestasi kewangan, strategi, cukai, pengurusan pekerja.
Apabila anda mula mempertimbangkan kerjaya dalam bidang perakaunan, mungkin semasa berada di tahun akhir pengajian anda berfikir bahawa anda hanya layak menjadi seorang akauntan sahaja. Memang benar anda boleh mendapat segulung ijazah dalam bidang perakaunan dan menjadi seorang akauntan umum, memandangkan ia merupakan salah satu daripada banyak pilihan yang sedia ada. Sebenarnya terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang perakaunan seperti pengauditan, pengurusan dasar, sistem maklumat, cukai, operasi komputer, dll.
Bidang utama bagi Kerjaya Perakaunan
Audit: Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.
Analisis Bajet: Seorang penganalisa bajet bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik untuk tugas ini bersama-sama dengan kemahiran kerana ia melibatkan tugas rundingan.
Kewangan: Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.
Pengurusan Perakaunan: Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.
Cukai: Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.
Jenis-jenis Kerjaya Perakaunan
Firma Perakaunan: Satu kumpulan akauntan bekerja dalam satu firma yang menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada individu, perniagaan dan kerajaan. Terdapat beberapa firma utama yang dominan dalam bidang ini. Kerjaya perakaunan awam akan memberi anda permulaan yang baik di mana anda boleh mendapat menimba pengalaman sebelum mengorak langkah yang lebih jauh.
Kerajaan: Akauntan Kerajaan boleh bekerja di peringkat mana-mana jabatan kerajaan. Menyediakan belanjawan, kos dan menganalisis inisiatif kerajaan.
Sektor Korporat: Kebiasaannya mempunyai seorang akauntan atau jabatan perakaunan yang menyediakan penyata kewangan, kos, mengendalikan cukai dan juga urusniaga utama.
Bebas: Bekerja sebagai akauntan bebas bermaksud menjana pendapatan melalui perniagaan anda sendiri.
Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menyediakan Kursus Perakaunan peringkat Ijazah & Diploma:-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Teknologi MARA
4. Universiti Sains Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
6. Universiti Malaysia Sarawak
7. Universiti Malaysia Sabah
8. Universiti Islam Antarabangsa
9. Universiti Sultan Azlan Shah
Jadi mengapa tidak menceburi bidang perakaunan?
Kredit kepada:
http://cgnarzuki.com/motivasi-kerjaya
http://www.usahawan.com/kerjaya/kerjaya-dalam-bidang-perakaunan.html