Portal Karier dan Pekerjaan

Portal Karier dan Pekerjaan Rakyat Malaysia

Home / Kursus/Karier / 5 Sebab Anda Tidak Dapat Kerja

5 Sebab Anda Tidak Dapat Kerja

/
/
/
506 Views

5 Sebab Anda Tidak Dapat Kerja

1.  Anda terlebih kelayakan (overqualified)

Ia bukan hanya klise – anda benar-benar boleh menjadi ‘overqualified’ untuk jawatan yang anda pohon. Ia amat benar dalam ekonomi yang ketat @ yang kurang menyenangkan. Calon yang lebih berkelayakan akan memerlukan gaji dan faedah yang lebih tinggi bagi pakej tawaran yang kompetitif. Jika orang lain ditemuduga yang menepati kelayakan tetapi tidak terlalu melebihi mereka, ia mungkin demi kepentingan terbaik syarikat untuk mengambilnya. Syarikat tidak perlu membayar lebih untuk anda.

2. Kawan kepada ‘bos’ atau saudara kepada ‘bos’ masuk temuduga

Anda boleh menjadi besar atau pandai di atas kertas dan orang yang menemuduga anda mendapati anda memang terbaik – tetapi kawan atau saudara kepada ‘bos’ mungkin lagi bernasib baik.

3. Kemesraan yang tidak profesional

Mempunyai hubungan yang baik dengan orang dalam atau penemuduga anda adalah bagus. Tetapi kadangkala anda tersilap. Sebenarnya syarikat mahu mencari pekerja dan bukannya anda sebagai kawan. Anda mungkin selesa semasa ditemuduga tetapi jawatan tersebut bukanlah untuk anda. Ini tidak menjamin anda.

4. Anda datang dengan syarat-syarat

Anda boleh menjadi sesuai untuk tugas itu, tetapi jika anda datang dengan rentetan syarat-syarat tertentu, anda tidak boleh dapat kerja itu. Anda janganlah terlalu pentingkan diri anda sahaja tetapi hendaklah berkompromi dengan apa yang ada. Syarat yang anda tetapkan tersebut kadangkala majikan boleh menurutinya tetapi hendaklah sesuatu yang boleh dirundingkan. Ujudkan ‘win-win situation’. Kalau tidak ianya membuang masa sahaja.

5. Alasan yang diluar jangkaan.

Selalunya, kadangkala ianya sesuatu yang diluar jangkaan anda. Anda agak anda boleh dapat satu kerja yang tidak berkaitan hanya kerana mempunyai kepentingan bersama dengan penemuduga, atau mungkin kerana anda mempunyai kemahiran tertentu dan majikan berharap untuk belajar daripada anda. Walaubagaimana pun, sekiranya ada calon lain yang lebih hebat dari anda tetapi mempunyai sama berkelayakan dengan anda, anda mungkin akan hilang jawatan ini.

5 sebab tidak dapat kerja
Teacher Pointing at Map of World ca. 2002

Yang penting,

Apa pun alasannya, belajar daripada kesilapan adalah sesuatu yang terbaik dan pergilah minta kerja lain. Jangan takut untuk buat susulan dan bertanya tentang mengapa anda tidak sesuai untuk kedudukan atau jawatan tersebut. Bersikap profesional dan berterima kasih kepada mereka dapat membantu anda untuk memahami apa yang anda lakukan sebelum ini. Baikilah kesilapan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

It is main inner container footer text